Tuesday, February 23, 2016

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN-PEMIMPIN PELAJAR 2016


Badan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan Briged Bestari SMK Tunku Besar Burhanuddin telah menyertai kem kepimpinan yang dijalankan pada ketetapan berikut :


                  Tarikh    : 19-21 Februari 2016

                   Tempat : SMK Tunku Besar Burhanuddin

Seramai 152 pemimpin-pemimpin pelajar yang terdiri daripada Badan Pengawas Sekolah, Pembimbing Rakan Sebaya, Pengawas Pusat Sumber dan Briged Bestari telah menyertai kem ini. Pengetua SMK Tunku Besar Burhanuddin telah merasmikan majlis tersebut. 


Klik pautan ini untuk maklumat lebih lanjut.

Tuesday, October 27, 2015

Majlis Graduasi kali ke-2 SMKTBB 2015


SMKTBB telah mengadakan Majlis Graduasi untuk meraikan pelajar tingkatan 5 2015. Majlis tersebut telah diadakan pada ketetapan berikut :

                                            Tarikh    : 23 Oktober 2015
                                            Masa      : 2.30 ptg
                                           Tempat   : Dewan Tunku Besar Burhanuddin

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YM Tengku Kechil Muda Tengku Dato' Seri Hasmuddin Bin Tengku Othman. Ibu bapa para graduan turut hadir memeriahkan majlis. Diharapkan majlis ini dapat memberi semangat kepada pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi menghadapi SPM 2015.

Klik untuk maklumat lebih lanjut.

Wednesday, September 9, 2015

CERAMAH MOTIVASI


SMKTBB telah mengadakan ceramah motivasi yang bertajuk "Remaja Hari Ini, Pemimpin Masa Depan" pada 7 September 2015. Pelajar daripada tingkatan 1 hingga 4 telah mendengar ceramah ini. diharapkan pelajar akan lebih bermotivasi selepas ini. :)

Klik untuk maklumat lebih lanjut.

Monday, September 7, 2015

HARI KELUARGA SMKTBB 2015

Kelab guru dan staff SMKTBB telah mengadakan hari keluarga pada 5-6 September 2015. Aktiviti ini telah diadakan di Kemunting Beach Resort, Pengkalan Balak, Melaka. Sambutan yang amat menggalakkan telah diberikan oleh pihak yang terlibat. Tahniah diucapkan kepada pihak penganjur.

Klik untuk maklumat lebih lanjut.

Saturday, August 29, 2015

PROGRAM MELAWAT SAMBIL BELAJAR KE MENARA PNB TAHUN 2015

Tarikh  : 27.08.2015
Tempat : Menara PNB

Seramai 44 orang pelajar telah menyertai program ini yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5. Matlamat utama program ini diharapkan dapat memupuk motivasi dalam diri pelajar untuk merancang kewangan di usia muda.

Objektif 
1. Mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar betapa pentingnya ilmu perancangan kewangan.
2. Memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman berada di Menara PNB.
3. Membentuk individu yang bermatlamat dan sentiasa berkeinginan untuk menambahkan ilmu pengetahuan.


Tuesday, August 11, 2015

LAWATAN PENGAWAS KE CAMERON HIGHLANDS

Badan pengawas SMKTBB tahun 2015 telah mengadakan lawatan ke Cameron Hinghlands selama 3 hari 2 malam. Lawatan ini disertai seramai 20 orang pengawas dan 4 orang guru pengiring. Lawatan ini diadakan dari 7 Ogos 2015 hingga 9 Ogos 2015.

Klik Disini Untuk Maklumat Lebih Lanjut