Thursday, February 24, 2011

Ke mana selepas SPM?

Pastikan kursus yang dipilih bersesuaian dengan kehendak dan pilihan anda...

Keputusan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) telah diumumkan dan tidak lama lagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pula bakal menyusul. Persoalannya, ke mana anda selepas SPM?
Bagi yang bercita-cita tinggi, pastinya sedang memikirkan langkah yang bakal diambil seterusnya. Tapi, mereka yang masih belum jelas hala tuju, ada baiknya cuba meninjau peluang yang boleh diambil. Sebaiknya, dalam membuat keputusan, anda perlu tanya diri sendiri apa yang dimahukan bak kata pepatah, tepuk dada, tanya selera kerana anda yang akan menghadapi segalanya nanti.
Pilih mana yang anda rasa selesa untuk mengikutinya dan apakah peluang anda seterusnya apabila mendalami bidanng tersebut kelak. Kesimpulannya, apa jua bidang yang anda ingin ikuti, pastikan ia sesuai dengan kehendak dan kemampuan anda. Namun, jika anda tersalah membuat keputusan, ia bukanlah penamat kerana menuntut ilmu adalah sesuatu yang berterusan.

No comments:

Post a Comment