Monday, February 21, 2011

KERJA KURSUS PENDIDIKAN SENI VISUAL SPM 2011

KERJA KURSUS PSV 2611/3 SPM 2011
ATAU

r

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2011 2611/3
PENDIDIKAN SENI VISUAL
KAJIAN REKAAN SENI VISUAL
KERJA KURSUS
Kertas 3

TUGASAN 1
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : HIASAN DALAMAN
PRODUK : RUANG BACAAN KANAK-KANAK
SITUASI
Sebuah Taman Asuhan dan Didikan Kanak-Kanak memerlukan reka bentuk hiasan dalaman
untuk ruang bacaan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah model ruang bacaan untuk
kanak-kanak dengan hiasan yang sesuai.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis ruang bacaan.
2. Koleksi pelbagai gambar jenis perabot dan peralatan yang sesuai.
3. Lukisan pelan lantai untuk sudut bacaan mengikut skala.
4. Lakaran dan olahan perabot serta peralatan yang dipilih.
5. Lakaran susun atur reka letak perabot dan kelengkapan pada pelan lantai yang dipilih.
6. Kajian warna pada reka bentuk hiasan dalaman yang pilih.
7. Lukisan dari sudut pandangan berbeza mengikut skala.
8. Lukisan perspektif model dari sudut yang menarik.
9. Lukisan persembahan dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil model reka bentuk ruang bacaan anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum :
Panjang - 40 cm

Lebar - 30 cm
Tinggi - 20 cm

Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.
2. Hiasan dan perabot hendaklah dihasilkan sendiri oleh calon.



TUGASAN 2
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : ARCA
PRODUK : ARCA ASEMBLAJ
SITUASI
Sebuah syarikat perkapalan antarabangsa akan mengadakan pameran kapal layar di tempat
anda. Sebuah arca asemblaj akan diletakkan di pintu masuk bilik pameran.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan sebuah arca asemblaj.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai arca asemblaj.
2. Koleksi gambar pelbagai kapal layar sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik beberapa motif yang dipilih.
4. Lakaran dan olahan motif yang dipilih.
5. Lakaran reka bentuk arca asemblaj.
6. Kajian warna pada reka bentuk arca yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi arca yang dipilih.
8. Lukisan perspektif hasil arca sebenar dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil reka bentuk arca asemblaj anda hendaklah mengikut
spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum :
Panjang - mengikut kesesuaian

Lebar - mengikut kesesuaian

Tinggi - 40 cm

Warna : Bebas
Tema : Perkapalan
Teknik : Arca Asemblaj
Nota:
1. Hasil kerja anda hendaklah kukuh dan stabil.








TUGASAN 3
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : ILUSTRASI
PRODUK : ILUSTRASI HIASAN TOPI KELEDAR
SITUASI
Sebuah syarikat pengeluar topi keledar akan menganjurkan satu pertandingan ilustrasi hiasan topi keledar terbaru keluaran syarikat itu.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan ilustrasi hiasan topi keledar yang
bermotifkan fauna di Malaysia.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai topi keledar.
2. Koleksi gambar pelbagai fauna di Malaysia sebagai sumber ilham.
3. Lukisan realistik fauna yang dipilih.
4. Lakaran reka bentuk topi keledar.
5. Lukisan hamparan reka bentuk topi keledar yang dipilih mengikut skala.
6. Lakaran olahan fauna yang dipilih.
7. Lakaran reka letak ilustrasi yang dipilih.
8. Kajian warna pada lakaran reka letak yang dipilih.
9. Lukisan sebenar hasil karya dari tiga sudut pandangan berbeza.
10. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.
11. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
12. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, hasil ilustrasi topi keledar hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Bilangan warna : Bebas
Motif : Fauna di Malaysia
Teknik : Bebas kecuali kolaj
Nota:
1. Anda boleh membuat ilustrasi di atas topi keledar sebenar.



TUGASAN 4
BIDANG : KRAF
TAJUK : TEMBIKAR
PRODUK : LAMPU HIASAN
SITUASI
Seorang pengusaha kilang tembikar ingin mengeluarkan produk lampu hiasan yang boleh diletakkan di ruang tamu rumah. Lampu hiasan ini mestilah mempunyai reka bentuk moden dan futuristik namun masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu model reka bentuk lampu hiasan.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai bentuk lampu hiasan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai sumber motif.
3. Lakaran reka bentuk lampu hiasan.
4. Lakaran pelbagai reka corak yang bercirikan tradisional sebagai idea.
5. Lakaran olahan reka corak bersesuaian dengan reka bentuk.
6. Kajian warna pada reka bentuk yang dipilih.
7. Lukisan tiga dimensi reka bentuk yang dipilih.
8. Lukisan sebenar reka bentuk yang dipilih dari tiga sudut pandangan berbeza.
9. Lukisan persembahan yang menunjukkan fungsi dalam situasi sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
Berdasarkan kajian tersebut, hasil rekaan model lampu hiasan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Tanah liat
Ukuran minimum :
Panjang - 10 cm

Lebar - 10 cm

Tinggi - 30 cm

Bilangan warna : Bebas
Motif : Tradisional
Teknik : Teknik lingkaran, kepingan dan picit
Reka bentuk : Moden dan futuristik
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibakar.
2. Hasil kerja boleh disepuh atau diwarna dengan menggunakan warna yang sesuai.




TUGASAN 5
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : KAD UCAPAN
PRODUK : KAD UCAPAN TIGA DIMENSI
SITUASI
Sebuah Persatuan Alam Sekitar ingin menghasilkan kad ucapan tiga dimensi bagi jualan amal sempena Hari Alam Sekitar Sedunia.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu kad ucapan tiga dimensi yang bertemakan alam sekitar dan bermotifkan flora dan fauna.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai kad ucapan tiga dimensi.
2. Koleksi gambar berkaitan flora dan fauna.
3. Koleksi muka taip.
4. Lakaran reka bentuk kad ucapan.
5. Lukisan realistik motif yang dipilih.
6. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.
7. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.
8. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
9. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
10. Lukisan tiga dimensi kad ucapan.
11. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
12. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
13. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
TERHAD 12 2611/3
2611/3 © 2011 Hak Cipta Kerajaan Malaysia TERHAD
Berdasarkan kajian tersebut, kad ucapan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran minimum :
Panjang - 30 cm

Lebar - 22 cm

Bilangan warna : Bebas
Media : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Sesuai dengan situasi
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.



TUGASAN 6
BIDANG : REKA BENTUK
TAJUK : PEMBUNGKUSAN
PRODUK : PEMBUNGKUSAN MAKANAN
SITUASI
Syarikat Delima Sendirian Berhad adalah sebuah syarikat pengeluar kerepek ubi kayu. Syarikat ini ingin memasarkan kerepek keluarannya ke pasaran antarabangsa.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka bentuk pembungkusan kerepek ubi kayu tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai pembungkusan makanan ringan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi muka taip.
3. Koleksi motif yang bersesuaian dengan tajuk.
4. Lakaran reka bentuk pembungkusan.
5. Lukisan hamparan reka bentuk pembungkusan yang dipilih mengikut skala.
6. Lukisan realistik motif yang dipilih.
7. Lakaran olahan idea untuk hasilkan ilustrasi.
8. Lakaran olahan muka taip dan ilustrasi yang dipilih.
9. Lakaran reka letak muka taip dan ilustrasi yang akan dihasilkan.
10. Kajian warna pada reka letak yang dipilih.
11. Lukisan tiga dimensi pembungkusan yang dipilih.
12. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
13. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
14. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka bentuk pembungkusan anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum :
Panjang - mengikut kesesuaian

Lebar - mengikut kesesuaian

Tinggi - 30 cm

Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Kapsyen : Suci
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemaskan.




TUGASAN 7
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA BENTUK PENERBITAN
PRODUK : PAPAN CERITA
SITUASI
Sebuah syarikat kosmetik ingin menerbitkan iklan bagi mempromosikan produk terbaru kecantikan wanita.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan papan cerita sebanyak lapan bingkai untuk mengiklankan produk kecantikan tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi pelbagai iklan produk kecantikan sebagai sumber ilham.
2. Koleksi gambar pelbagai produk kecantikan wanita.
3. Lukisan realistik produk kecantikan yang dipilih.
4. Lakaran pelbagai bentuk figura manusia atau yang berkaitan.
5. Lakaran kenit olahan idea papan cerita berserta catatan.
6. Lakaran tiga set cadangan papan cerita berdasarkan sumber idea yang dipilih dan catatan.
7. Lukisan sebenar papan cerita yang dipilih mengikut urutan dan jalan cerita sebenar.
8. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
9. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, papan cerita anda hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Kertas
Ukuran : 30 cm × 20 cm setiap bingkai
Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan
Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dikemas dan dibingkaikan.



TUGASAN 8
BIDANG : KOMUNIKASI VISUAL
TAJUK : REKA CORAK
PRODUK : REKA CORAK SET PINGGAN MANGKUK
SITUASI
Sebuah syarikat pinggan mangkuk memerlukan reka corak cawan dan piring keluarannya.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu reka corak yang menggambarkan keindahan flora dan fauna pada produk tersebut.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai jenis cawan dan piring.
2. Koleksi gambar flora dan fauna sebagai sumber ilham.
3. Lakaran reka bentuk cawan dan piring.
4. Lukisan realistik flora dan fauna yang dipilih.
5. Lakaran olahan motif flora dan fauna.
6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.
7. Kajian warna pada reka letak.
8. Lukisan sebenar cawan dan piring.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.

Berdasarkan kajian tersebut, reka corak cawan dan piring tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Bebas
Ukuran minimum :
Piring - diameter antara 13 cm – 15 cm

Cawan - tinggi : antara 6 cm – 8 cm
- lebar : antara 6 cm – 8 cm

Bilangan warna : Bebas
Teknik : Catan

Nota:
1. Anda boleh menggunakan cawan dan piring sebenar bagi membuat reka corak.



TUGASAN 9
BIDANG : SENI HALUS
TAJUK : CETAKAN
PRODUK : CETAKAN SARING
SITUASI
Sebuah hotel ingin menghias lobi menunggunya dengan satu cetakan.
TUGASAN
Anda dikehendaki membuat kajian dan menghasilkan satu karya cetakan yang menggambarkan keindahan alat muzik tradisonal.
Folio kajian anda hendaklah mengandungi:
1. Koleksi gambar pelbagai cetakan.
2. Koleksi gambar alat muzik tradisional.
3. Lukisan realistik tiga alat tradisional.
4. Olahan motif berdasarkan sumber ilham.
5. Lakaran reka letak motif.
6. Lakaran reka letak motif yang dipilih.
7. Kajian warna.
8. Lukisan sebenar cetakan.
9. Lukisan persembahan yang menggambarkan fungsi dalam situasi yang sebenar.
10. Lukisan alat dan bahan yang digunakan serta catatan.
11. Lakaran proses dan teknik penghasilan serta catatan mengikut urutan.
12. Lampiran minimun tiga edisi cetakan mengikut turutan.

Berdasarkan kajian tersebut, cetakan tersebut hendaklah mengikut spesifikasi berikut:
Bahan : Blok cetakan saring
Ukuran : 30 cm × 30 cm
Bilangan warna : Bebas
Motif : Alat muzik tradisional

Nota:
1. Hasil kerja hendaklah dibingkaikan.


TUGASAN TAMAT
(UNTUK MENDAPAT GAMBARAN SEBENAR PRODUK, SILA LIHAT DI LAMAN WEB LPM)

No comments:

Post a Comment