Monday, August 15, 2011

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERCUBAAN SPM 2011



Musim peperiksaan kembali lagi. Bagi calon-calon PMR dan SPM tentunya perlu bersedia dari sudut mental dan fizikal. Tetapi tidak kurang juga, kata-kata semangat dan ayat motivasi haruslah sentiasa berlegar di fikiran agar kita tidak mudah mengalah untuk berjuang sehingga tamat peperiksaan. 


Di sini dikongsikan tips untuk kekal dalam motivasi adalah sentiasa ingat 'prinsip hidup' atau kata-kata yang kita buat sendiri. sebagai contoh "Ya, Aku Boleh" atau " Aku perlu baca buku untuk dapat 9A" dan sebagainya. sebagai pelajar, kita perlu ada kata-kata semangat atau ayat motivasi bagi membangkitkan semangat menghadapi peperiksaan.
Seterusnya, jangan cepat mengalah, supaya kita tidak kalah. Ingat! kegagalan hari ini memberi penyesalan untuk hari esok dan selamanya. Ayuh! Bangkit dan teruskan berjuang. Kejayaan atau kegagalan berpunca dari diri kita sendiri.

Selamat Maju Jaya kepada semua pelajar SMKTBB.
Marilah kita menuju ke puncak kejayaan!






No comments:

Post a Comment