Sunday, October 16, 2011

BENGKEL PELAKSANAAN PROGRAM MAXIS eKELAS

Bengkel Pelaksanaan Maxis eKelas telah diadakan pada 12 Oktober hingga 14 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Peninsula Residence All Suite Hotel, Bukit Damansara, K.Lumpur. Bengkel yang telah dihadiri oleh kira-kira 120 orang daripada 30 buah sekolah di Semenanjung Malaysia merupakan bengkel untuk menyediakan guru-guru Matematik dan Sains menhadapi transformasi pendidikan abad ke 21 berasaskan ICT.
   Dengan bermatlamatkan P&P yang berpusatkan pelajar, program Maxis eKelas diharapkan dapat melahirkan pelajar yang celik IT di samping dapat melahirkan pelajar yang boleh berfikir secara kreatif dan kritis dan bersedia menghadapi cabaran 'dunia tanpa sempadan'.

No comments:

Post a Comment