Wednesday, February 27, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 41

Mesyuarat Agung PIBG SMK TUNKU BESAR BURHANUDDIN kali ke 41 adakan diadakan pada 1 Mac 2013 iaitu pada hari Jumaat bermula jam 2.30 petang. Semua ibu, bapa dan penjaga murid-murid SMK Tunku Besar Burhanuddin dijemput hadir untuk sama-sama membincangkan kebajikan dan kemajuan murid-murid dalam meningkatkan imej Sekolah, membantu dan menambah usaha Sekolah dalam memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-murid dalam kegiatan mereka, membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai pendidikan, memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalam sekolah berunding antara satu sama lain dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya dan membolehkan ibu bapa dan guru dalam Sekolah berusaha menambah kewangan Sekolah dan meningkatkan kemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahan pengajaran dan pembelajaran.
Majlis akan dirasmikan oleh YB Dato' Abdul Samad Ibrahim, DPNS., DNS, JP., PMC, PJK., Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan merangkap ADUN Seri Menanti.

No comments:

Post a Comment